Tuesday, August 11, 2009

batu permata dan nilai perubatannya

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya mempunyai sebab musabbabnya sendiri. Salah satu kaedah perubatan alternatif adalah perubatan berorientasikan batu permata. Antara buku rujukan yang boleh anda baca adalah; Batu Permata dan Nilai Perubatannya karya Dr Hisham Hashim dari Perlis. Beliau adalah tokoh dan pakar batu di negara kita dan sering dijemput memberikan kursus berkenaan 'Kristal Healing' di universiti-universiti dalam dan luar negara.

Beliau telah mengimplikasikan rawatan batu permata ke atas para pesakitnya dan hasilnya amat memberangsangkan. Sungguhpun fakta-fakta perubatan moden tidak mempunyai klinikal data namun secara 'istiqra' / pemerhatian melalui pengalamnya mendapati terdapat wadah 'ikhtiar penyembuhan' di situ. " Seeing is believing."

Apa yang penting di sini adalah persoalan akidah. Ramai yang berpandangan serong berkenaan batu. Bila disebut batu ramai yang mengaitkannya dengan khadam, jin dan unsur mistik.Justeru telah menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkan fahaman-fahaman mistik dan tahyul ini kepada pemahaman yang saintifik dan praktikal walaupun saya tidak menafikan bahawa dalam keadaan tertentu wujudnya unsur-unsur mistik...Apapun Allah lah Maha Mengetahui!!!

Selain dari tujuan berhias untuk yang tersayang, anggaplah konsep pemakaian batu permata ini seumpama seseorang memakan Panadol sebagai usaha ikhtiar untuk mengubati sakit kepala dan demam. Jika ada kesembuhan: Alhamdulillah. Jika tiada bermakna perlu dirawat cara lain atau tiada rezeki disembuhkan Allah lagi. Serahkanlah rahsia kesembuhannya kepada Allah. Hakikatnya, Allah sahajalah Yang Maha Penyembuh untuk setiap pesakit. Jika tidak mempercayainya pun tidak mengapa. Anggaplah untuk tujuan perhiasan sahaja. Bagi pemakaian cincin pula kita niatkan khusus untuk menghidupkan sunnah Nabi solllallhu alaihi wa sallam..


Blog ini dikhususkan untuk menghidupkan sunnah perniagaan Islam yang harmoni.Selamat membeli!!!

No comments:

Post a Comment